Thursday, 12 July 2012

Pelik!! Lautan buih melanda Cape Town! (Gambar)

Kejadian alam seperti banjir besar,hujan lebat merupakan fenomena biasa yang terjadi di atas muka bumi ini. Terdapat satu lagi yang boleh dianggap unik. Satu fenomena alam luarbiasa yangjarang berlaku menyebabkan kawasan persisiran pantai di Cape Town, Afrika Selatan dibanjiri oleh air buih ‘Cuppuccino’. Buih-buih itu jelas kelihatan melimpah sehingga melebihi pesisir pantai dan masuk ke kawasan tempat awam. Boleh lihat gambar di bawah:



Info Ringkas:
  • Kejadian ganjil ini dikenali sebagai “buih laut” atau bahkan “buih pantai” dan ia berlaku disebabkan tindak balas air laut dengan kekotoran bahan organik, seperti plankton, ikan mati, tumbuh-tumbuhan mati dan lain-lain elemen yang terapung di permukaan air.
  • Arus yang kuat menyebabkan air membentuk gelembung kecil yang mempunyai kecenderungan untuk “bergabung” dan menyebabkan fenomena ini berlaku.
  • Saintis telah mengatakan bahawa jika kelajuan angin adalah lebih daripada enam meter sesaat, maka tenaga yang dipindahkan daripada angin untuk air secara berkadaran lebih tinggi, dan kuasa yang dikenali sebagai ketegangan yang air luar biasa tidak cukup untuk memegang molekul di permukaan bersama-sama.
  • Justeru air terputus sehingga ke titisan kecil disebabkan oleh ketegangan permukaan yang menyebabkan mereka untuk muncul sebagai buih putih.

Wednesday, 27 June 2012

Hanya di Korea! Shopping Secara Maya

Virtual Shopping Store pertama di dunia dibuka di Korea. Rak-rak yang dilihat sebenarnya hanya skrin LCD. Pengguna pilih barang-barang yang ingin dibeli dengan menyentuh skrin LCD dan checkout, dan semua barang yang telah dipilih telah sedia di kaunter. 

Monday, 11 June 2012

Gempar!! Gambar Dirakam Bertukar Wajah Lembaga Mengerikan


IPOH – Seorang pemandu lori tidak sangka gambar yang dirakam untuk kenangan menjadi sebaliknya apabila muncul lembaga berambut panjang menggantikan wajah adiknya.

Menceritakan kejadian pada malam Jumaat minggu lalu, La’aba Lata, 38, berkata, gambar tersebut dirakam atas permintaan adiknya, Belly Lata,22, untuk mengabadikan perkataan ‘IPOH’ sebelum pulang ke Sabah.

Menurutnya, gambar tersebut dirakam pada jam 9.30 malam di Jalan Kuala Kangsar bersebelahan dengan Kawasan Pelancongan dan Rekreasi Gunung Lang.

“Ketika merakamkan gambar, saya tidak nampak apa-apa namun, ketika Belly memeriksa kamera digital dalam kenderaan, dia terus menjerit sambil kata tidak mahu lihat lagi.


“Mulanya saya berasa pelik.

Setelah melihat dengan mata sendiri, kami lihat lembaga perempuan berambut panjang seolah-olah mahu terkam adik.

“Dalam gambar itu, wajah adik tidak kelihatan langsung,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.

La’aba berkata, mereka juga turut diganggu sepanjang malam selepas tiba di rumah di Taman Chepor Impian.

“Saya pernah dengar kawasan tersebut tidak sesuai untuk anak-anak kecil kerana sering diganggu sehingga menangis tapi tak sangka, saya pula yang terkena.

“Namun, malam tersebut, rumah kami pula diganggu dengan bunyi orang berjalan di atas bumbung selain bunyi orang buka pintu. Nasib baik, kami diganggu malam itu sahaja,” katanya.

Katanya, semua rakan yang melihat gambar tersebut berasa terkejut dengan imej wajah lembaga tersebut yang jelas kelihatan apabila dibesarkan.-sh

p/s: makhluk Allah juga

Tuesday, 29 May 2012

Mulakan hari anda dengan lemon & air suam



Rutin pagi seseorang dilihat amat penting dalam meneruskan hari mereka sebelum pergi ke kerja mahupun memulakan tugasan sebagai pelajar.

Tidak kiralah anda seorang ahli sukan, cikgu, pelajar mahupun suri rumah, kesihatan perlu dititik beratkan dan dijaga dengan sebaiknya. 

Jika kita di Malaysia, pasti ramai mengatakan bahawa memakan makanan yang berlemak seperti Nasi Lemak, Roti Canai dan juga minuman manis seperti The Tarik adalah kombinasi yang wajib. Namun tidak tahu apa penyebab dari pengambilan lemak dan gula berlebih mampu mengundang penyakit merbahaya seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan juga obesiti. 

Oleh yang demikian, cuba tukar rutin harian anda menjadi lebih sihat dan hargai setiap pagi anda dengan menghirup secawan air putih suam bersama hirisan nipis lemon untuk rasai kelainan dan kebaikkan kombinasi tersebut. 

Menambahkan tahan ketahanan dalam badan
Lemon kaya dengan Vitamin C dan juga Kalium (potassium) yang amat diperlukan badan. Vitamin C juga bagus untuk melawan demam manakala Kalium mampu melancarkan perjalanan fungsi dan perjalanan darah dengan betul. Oleh yang demikian, amalkan meminum segelas air suam dicampur sehiris lemon untuk dijadikan minuman selepas bangun tidur kerana ketika itu, perjalanan dan urat baru mula berasa tekanan kerja. 

Keseimbangan PH
Lemon merupakan makanan berakali tinggi yang menakjubkan. Percaya atau tidak, lemon bertindak sebagai asid sendiri, tetapi di dalam badan kita ianya alkali (asid sitrik tidak wujud sebagai asid semulajadi setelah metabolisme kita meningkat). Jika anda ingin tahu, keseimbangan alkali dalam badan merupakan kunci kepada kesihatan diri. 

Membantu masalah mengurangkan berat badan
Bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan yang sedikit gempal, amalkan rutin harian ini untuk memiliki tubuh badan yang diidamkan, kerana lemon mepunyai khasiat serat pektin yang tinggi, dimana ianya mampu melawan kelaparan. Ianya juga menunjukkan bahawa mereka yang kekal alkali di dalam badan boleh mengurangkan berat badan dengan mudah. Oleh yang demikian, bagi mereka yang gemar makan berat di waktu malam, amalkan rutin ini agar kawalan perut anda berada dalam keadaan seimbang. 

Masalah penghadaman
Bagi mereka yang berasa ada makanan yang tersekat di ulu hati, cuba tip ini, kerana air suam mampu melancarkan makanan yang tersekat di ulu hati, manakala lemon pula bertindak sebagai mineral dan vitamin yang membantu perjalanan sistem penghadaman anda. 

Pembersihan air kencing
Jus lemon membantu membuang bahan yang tidak diperlukan badan kerana lemon menaikkan tahap kekerapan membuang air kencing dalam satu-satu masa ( ianya bagus untuk badan kerana kencing membuang toksik) . Oleh yang demikian, jika anda amalkan minum Jus lemon, tahap kebersihan air kencing anda akan meningkat dan sihat. 

Kulit cerah dan bersih
Seharian kita didedahkan dengan cuaca yang terik dan habuk yang banyak. Mulakan hari anda dengan menghalang kulit anda dari terus rosak dan dari dijangkiti kuman yang tidak menentu dengan minum air lemon. Pasti dalam beberapa lama, kulit anda akan ada perubahan. 

Mengelakkan dehidrasi
Air yang mencukupi amat penting untuk membantu perjalanan sistem di dalam badan kita. Lemon membantu menghalang keletihan dan dehidrasi. Apabila badan anda mengalami dehidrasi anda akan automatik merasa keletihan. Fungsi yang mengawal sistem dalam badan yang menghalang dari berasa keletihan dan lesu tidak dapat bergerak dengan betul jika tidak meminum air dengan kuantiti yang banyak dimana ianya akan terus mengurangkan tenaga dalam badan yang membawa kepada stress.sumber

Monday, 28 May 2012

Wardina Saffiyah Terima Panggilan Lucah,Buat Laporan Polis

WARDINA menunjukkan laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Taman Melawati, Hulu Klang, Selangor semalam.



KUALA LUMPUR – Pengacara televisyen tidak asing lagi, Wardina Saffiyah Fadhlullah, 33, membuat laporan polis di Balai Polis Taman Melawati, Hulu Klang semalam selepas diganggu dengan panggilan lucah daripada seorang lelaki bernama Arif.
Lelaki itu membuat panggilan sebanyak dua kali kepada Wardina sambil mendakwa dia merupakan kakitangan sebuah stesen penyiaran dan mahu menemubualnya.
Menurutnya, lelaki itu membuat panggilan pada pukul 5 pagi dan diikuti pada pukuk 9.15 pagi.
“Saya tidak menjawab panggilan telefon yang pertama. Pada pukul 9.15 pagi, lelaki itu menghubungi saya sekali lagi tetapi apabila saya tanya dia dari stesen mana, dia kata tidak boleh beritahu.
“Selepas itu dia mula mengeluarkan perkataan-perkataan yang saya sendiri malu untuk sebut.
“Saya tidak faham kenapa ada orang yang sanggup melakukan perkara seperti itu,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.