Fasha Sandha Hassan sah bergelar isteri kepada Jejai atau nama sebenar Rizal Ashram Ramli pada majlis pernikahan yang diadakan bertempat di Hotel Crowne Plaza Mutiara pada malam Jumaat 27 April 2012
Dinikahkan oleh bapa kandung Fasha iaitu Hassan Umbichi Moideen kira-kira pada pukul 9.45 malam bersaksikan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohd Sahirman Ahmad
Rizal Ashram melafazkan nikah sebanyak dua kali
Majlis dihadiri oleh kira-kira 250 tetamu yang terdiri daripada bapa Jejai iaitu bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib, ibu kandung Fasha Hatijah Tehman dan bapa tirinya, Mohd Faisal, kaum keluarga, teman-teman rapat, rakan artis dan wakil media
Fasha menerima mas kahwin sebanyak RM8888.88 tetapi enggan mendedahkan jumlah wang hantaran kepada umum
Di samping itu,Fasha menerima tujuh dulang hantaran daripada pengantin lelaki yang berupa beg tangan berjenama Louis Vuitton, senaskhah Al-Quran dan sejadah, sebentuk cincin, coklat, Samsung Galaxy Note, mas kahwin dan tepak sireh
Sebagai balasan, Jejai pula menerima sembilan dulang hantaran iaitu sejadah, tepak sireh, sepasang kasut Salvatore Ferragamo, tali leher dan tali pinggang Louis Vuitton, sebuah buku motivasi, set penjagaan lelaki Dolce & Gabbana, coklat dan sebentuk cincin daripada pengantin perempuan
Ini merupakan perkahwinan pertama buat Fasha dan yang kedua buat Jejai
Hasil perkahwinan Jejai dengan Nora Danish selama dua tahun, mereka dikurniakan seorang anak, Putra Rayqal Ramli yang kini berusia 3 tahun
semoga perkahwinan dorang berkekalan..
ReplyDeletetak nmpk pun anak jejai...jejai tak bw ker..atlist tak kan tak nak anak bergmbr sekali dgn mummy brunya...
ReplyDelete