Tuesday 24 April 2012

Trend gigi bertaring di Jepun






Gigi putih dan berkedudukan rapi mungkin jadi idaman bagi sebahagian wanita di dunia. Namun, remaja di Jepun mengelakkannya. Mereka malah menginginkan gigi tidak rata dengan dua taring yang menonjol ke depan. Dipetik dari laman Daily Mail, Jumaat 11 November 2011, dua gigi taring kecil di sebelah kanan-kiri mulut yang disebut gigi "yaeba" ini menjadi trend terbaru di kalangan muda-mudi Jepun. Mereka bahkan rela menyeluk saku hingga Rm1 ribu untuk mendapatkan gigi taring yang tersembul tidak teratur itu.

Untuk mendapatkan gigi ini, Salun kecantikan gigi di Ginza, Tokyo, meletakkan gigi palsu tidak kekal di kedua-dua taring asal. Peminatnya cukup banyak, sebahagian dari mereka bahkan mempamerkan gigi baru di laman Facebook. Menurut Dr Emilie Zaslow, pembantu profesor jurusan komunikasi Universiti, New York, Amerika Syarikat, pemakaian gigi taring ini bukan untuk membuat penggunanya terlihat cantik.

"Gigi ini semacam memampatkan usia muda dari remaja wanita," kata Zaslow, dipetik dari New York Times. Dia mengatakan bahawa pengguna akan merasa lebih muda, kerana memiliki gigi taring yang menyerupai gigi susu anak-anak. Zaslow mengatakan, bukanlah kesempurnaan yang dicari dalam hal ini, namun ketidaksempurnaan yang sempurna.

1 comment :

  1. smpai cmtu skli.. wlaupun gigi sy mcm tu, tp sy lngsg xske. nak la yg tersusun rapi. pelik tol org jepun ni..

    ReplyDelete