Monday 23 April 2012

Zira,Isteri Nabil mengandung




Tahniah buat Nabil Raja Lawak kerana isterinya, Zira telah disahkan mengandung 5 minggu.. Akhirnya usaha nabil berbulan-bulan lamanya tanpa jemu membuahkan hasil juga kan.. Menurut Zira, badannya berasa kurang selesa semalam dan menyuruh Nabil membeli kit kehamilan dan keputusan di kit kehamilan Positif menyebabkan mereka berdua membuat pemeriksaan lanjut di sebuah klinik untuk mendapatkan pengesahan..

“Pagi tadi saya rasa tak sedap badan jadi saya menyuruh Nabil membeli kit kehamilan untuk mengetahui sama ada saya berbadan dua atau sebaliknya. Alhamdulillah, keputusannya positif dan kami sepakat untuk mendapatkan pengesahan di sebuah klinik.
“Syukur usaha kami untuk mendapatkan anak akhirnya dimakbulkan. Doktor mengesahkan saya mengandung lebih lima minggu. Soal jantina anak masih awal untuk saya perkatakan. Apa yang penting biarlah zuriat kami sihat dan sempurna,” (MH online)
Tahniah sekali lagi buat Nabil dan Zira yang berkahwin pada 30 September yang lalu dan bakal menimang cahaya mata mereka yang pertama pada akhir tahun ini.. Admin harap kandungan Zira akan sihat dan sempurna sehingga lah bayi itu dilahirkan kelak..

1 comment :